Dalam
dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam
kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa
akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan
kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak
memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu
alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita
juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji
yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima
alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti
kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita
memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita
memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa
takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah
kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah
kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan
yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada
rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada
kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita
kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin
banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin
tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Genap 2 bulan arwah ayah
saya meninggalkan saya, mak dan adik beradik. Kadangkala, masih terasa
seperti arwahnya masih ada. Setiap perkataan dan suara arwah, masih
terngiang-ngiang di telinga. Setiap senyuman masih
terbayang-bayang di minda. Setiap gurauan dan senda arwah, sentiasa
tersemat di sanubari....tiada yang pahit.
Begitulah pahitnya untuk menerima kenyataan.Tapi apakan daya kerana
Tuhan lebih menyayangi arwah dan setiap perkara itu ada hikmahnya.
Semuanya menjadi kenangan terindah yang amat-amat-amat-amat sukar untuk
saya lupakan dan tidak mungkin saya dapat mengembalikan setiap
detik-detik manis tersebut walaupun kadangkala hati sentiasa berkata,
kalaulah masa boleh berputar kembali........
Ayah,
Setiap keluhan dan resahmu kau pendam.
sakitmu, pedihmu, dukamu..kau simpan.
masamu, kerjamu..kau lupakan
Hanya untuk melihat anak-anak mu ceria.
Hanya untuk melihat anak-anak mu bahagia.
Hanya untuk melihat anak-anak mu ketawa.
Ayah,
Sukar untuk ku cari ganti.
Masa-masa yang lalu terasa amat berharga
Terasa ingin ku kutip setiap detik
dan ku genggam saat itu sepanjang hidup
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu...tanpa ayah disisi
Ayah,
Seluruh hidupku tak dapat ku balas.
Hanya segenggam kudrat, secebis kehidupan
Bagi memberi kekuatan dan keyakinan
Kerana dirimu akan tetap ku semat
Sehingga ke titisan yang terakhir.
Ayah,
Kurelakan pemergian mu bukan kerana ku mengalah
kerana ada yang lebih menyayangimu
untuk selama-lamanya.
aku perlukan seseorang untuk mengingatkan aku kepada hidup.. aku perlukan seseorang untuk mengingatkan aku mati.. aku memerlukan seseorang untuk mengingatkan aku dunia aku perlukan seseorang untuk mengingatkan aku tentang akhirat.. aku memerlukan seseorang untuk ingatkan aku tentang dosa.. aku perlukan seseorang untuk mengingatkan aku tentang pahala.. aku perlukan seseorang untuk mengigatkan aku tentang kejahatan aku perlukan seseorang untuk ingatkan aku tentang kebaikan.. wahai sahabat.. ingatkanlah aku tentang kehidupan didunia yang tidak kekal wahai sahabat.. ingatkanlah aku agar tidak tergoda dengan kehidupan dunia.. wahai sahabat.. ingatkanlah aku tentang seksaanNYA..
andai suatu hari nanti.. aku meninggalkan dunia ini.. fikirkanlah yang bagus-bagus pasal diriku.. maafkanlah segala kesalahanku dan dosaku.. sedekahkanlah doamu untukku seikhlas-ikhlas hatimu.. doakanlah aku agar terselamat di alam seterusnya..
ingatlah.. bahawa aku sentiasa mengingati kamu.. kita tidak akan terlepas dari satu nama yang dikenali dengan.............. kematian..
Ya Allah...
Ampunilah segala dosaku sepanjang hayat ku ini.
Samada yang
terang atau yang tersembunyi.
Yang sengaja dan tidak sengaja, yang
sedar dan tidak sedar.
Ya Allah...
Engkau yang Maha berkuasa,, Maha
Pengasih , Maha penyayang....
Berikan lah buku amalanku nanti di tangan
kananku.
Permudahkanlah segala urusan ku di akhirat nanti.
Selamatkanlah
aku ketika melintasi titian Siratulmustaqim Mu.
Masukkan aku ke Syurga
Firdaus Mu bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
Ya
Allah...
Bimbinglah anak-anakku ke jalanMu,
Bantulah mereka dalam segala
urusan mereka di dunia ini dan juga di akhirat nanti.
Janganlah Engkau
biarkan mereka hanyut leka dalam mengejar kesenangan dan kebahagiaan di
dunia ini tanpa hidayah MU.
Jadikanlah kami di antara mereka yang ikhlas
dan bersyukur.
Ya Allah...
Berikan kepadaku, ibubapaku, suamiku,
anak-anak ku, seluruh sanak saudaraku..kasih sayang dan RahmatMu.
Ya
Allah...
Temukanlah kami disyurgaMu..
Sesungguhnya kami sangat mengharapkan
kasih sayang Mu..
'Cause
there's nothin' 'bout you I would change................
**
KAWAN.... Datang dan pergi.. Itu biasa..namanya juga
kehidupan..kita hidup tidak boleh sendirian..pasti berteman!berkawan!
Kawan datang dan pergi..bertukar ganti..hanya yang betul-betul sejati
akan kekal dalam jiwa, hati dan sanubari.. Berkawanlah
keranaNya..demi mencari hidup mencapai redhaNya..kerana dengan
itu..kita pasti tidak jemu jika sentiasa bertemu dan tidak resah jika
berpisah.. Terima Kasih & Selamat Tinggal ...
Satu lagi pergi meninggalkan sederet kenangan manis bercampur luka ... ayah tercinta, seorang ayah yang baik dan suami yang penuh cinta Semoga Iman dan Islammu di terima di sisiNYA Kebaikan dan kemesraanmu selalu terbayang Amanat dan kepercayaanmu akan kami jaga menjaga kekasih dan buah hatimu ... Doa kami menyertai mu ... Kenangan yang tercipta tak lekang dimakan waktu ...
Selamat Jalan Ayah "Allahyarham Abd Ghafar Bin Abdullah & Allahyarham Mazelan Bin A Rahman"....
Riak kehidupan bergerak seirama dengan waktu Tanpa bisa dihindari Hari berganti , bulan merangkak perlahan Lintasan peristiwa jadi kenangan Kebahagiaan Tangis tawa Kehilangan Ketakutan ‘ Kegalauan Menyatu bersama harapan yang membuncah Berlari melintasi mega Menantang angin Biar semilir merasuk sukma Semangat mengisi kehidupan dengan usaha dan doa
Ya Ilahi … Lihatlah kami Yang tak pernah letih menyebut NamaMU Rasanya tak pernah penuh rongga dada merasakan nikmatMU Begitu berharap kami tegar dihempas badai cobaaan Ditengah kejamnya peradaban Disaat krisis melanda dunia Dimana nyawa tak lagi berharga Ya Ilahi … Jangan biarkan jiwa kami retak Dan tangan tangan setan menjamah nurani Gelora hati menyambut tahun baru Menimbulkan optimisme yang bergejolak Yakinku Tuhan menyertai di jalan yang benar …
R.I.N.D.U
berjuta kali ku sebut kalimah itu
ku pahat kukuh dalam hatiku
agar kamu tahu betapa aku rindu!
K.A.M.U
sebaris nama bermain di bibir
sebujur wajah terlukis di mata
sekeping hati bertakhta di sanubari!
A.K.U
bimbang untuk meluahkan
betapa A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
bimbang hatimu kaku umpama kayu
bimbang perasaanmu keras umpama batu
tidak mengerti apa mahuku
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
arghhh!!
bahagianya andai aku
punya kekuatan untuk memberitahumu
tapi lidahku tetap kelu
langkahku tetap kaku
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
sungguh!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku tidak menipu!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku harap kamu tahu
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
selamanya aku merindu
Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala
menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang
memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah.
Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan
masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh
lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia
mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk
bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa
sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa
pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa
tahu dia punya masalah besar.
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak
sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada
sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba
menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan
itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga
terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita,
kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang
lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..
"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka
selalu berada dalam kebenaran"
Lagu yang selalu diperdendangkan apabila kerinduan bertandang.
Benar.
Aku ingin berjumpa walau hanya dalam mimpi.
Selalu sangat aku termimpi
arwah ayah. Cuma tak ingat akan situasi yang dialami. Kabur. Lebih
kepada arwah ayah ada bersama kami. Seperti imbauan kenangan sahaja.
"Hargai dan berbaktilah sebaik-baiknya selagi ibubapa anda masih ada di dunia ini. Jangan leka walaupun seketika."
Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini. Tiada satu
pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan. Ini
menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata
ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang. Tiada manusia yang
tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu
kebahagiaannya hilang. Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.
Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan
insan yang disayang. Perpisahan dengan ibu bapa, saudara,
sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan
mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan
memikirkan segala jam yang telah lepas. Mungkin kalaupun tidak
terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua
oleh maut yang pasti sedang mendekat. Apa yang penting, sesakit apa
pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan. Kita masih ada
peluang untuk bertemunya lagi. Masih ada! Iaitu di alam abadi. Di
tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana itu
kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah
kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah,
nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita
diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi
dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.
Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari
paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan
kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi
keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya
kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati,
ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin
benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna
dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang
lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan
yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa
ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih
baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat
seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki
pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain
daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan
ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia
kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan
rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan
noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa
cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah
di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Terus terang aku sangat merindui arwah ayah. Bila aku bangun pagi,
terdetik di hati dan sejurusnya di proses di minda, tersembul sebuah
persoalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya.
"Betul ke ayah aku dah tak ada di dunia ni?"
Astaghfirullahazim.
Bukan aku tak terima hakikat. Tidak. Aku terima semuanya. Aku redha. Aku
bulatkan hati terima hamparan takdir ini. Cuma terkadang, terkilas di
lubuk hati dan sanubari. Rasa ini hadir tanpa dipinta. Meronta-ronta.
Rindu yang bukan kepalang. Hanya ALLAH jua mengetahui betapa gulamnya
perasaan hati aku di kala ini.
Hari ini genap 40 hari pemergian ayahanda tercinta. Ayah adalah yang
terbaik di dunia. Dan aku yakin ayah anda jugak yang terbaik di dunia.
Doa kudusku sentiasa dititipkan untukmu ayah. Moga ayah terus diberi
ketenangan di alam barzakh sana.
Al-fatihah untuk arwah ayah, MAZELAN BIN A RAHMAN
"There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you."
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan