Isnin, 12 November 2012

SUAMI ~~~~

R.I.N.D.U
berjuta kali ku sebut kalimah itu
ku pahat kukuh dalam hatiku
agar kamu tahu betapa aku rindu!

K.A.M.U
sebaris nama bermain di bibir
sebujur wajah terlukis di mata
sekeping hati bertakhta di sanubari!

A.K.U
bimbang untuk meluahkan
betapa A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
bimbang hatimu kaku umpama kayu
bimbang perasaanmu keras umpama batu
tidak mengerti apa mahuku

A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
arghhh!!
bahagianya andai aku
punya kekuatan untuk memberitahumu
tapi lidahku tetap kelu
langkahku tetap kaku

A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
sungguh!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku tidak menipu!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku harap kamu tahu
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
selamanya aku merindu