29 NOV 2012.
Genap 2 bulan arwah ayah
saya meninggalkan saya, mak dan adik beradik. Kadangkala, masih terasa
seperti arwahnya masih ada. Setiap perkataan dan suara arwah, masih
terngiang-ngiang di telinga. Setiap senyuman masih
terbayang-bayang di minda. Setiap gurauan dan senda arwah, sentiasa
tersemat di sanubari....tiada yang pahit.
Begitulah pahitnya untuk menerima kenyataan.Tapi apakan daya kerana
Tuhan lebih menyayangi arwah dan setiap perkara itu ada hikmahnya.
Semuanya menjadi kenangan terindah yang amat-amat-amat-amat sukar untuk
saya lupakan dan tidak mungkin saya dapat mengembalikan setiap
detik-detik manis tersebut walaupun kadangkala hati sentiasa berkata,
kalaulah masa boleh berputar kembali........
Ayah,
Setiap keluhan dan resahmu kau pendam.
sakitmu, pedihmu, dukamu..kau simpan.
masamu, kerjamu..kau lupakan
Hanya untuk melihat anak-anak mu ceria.
Hanya untuk melihat anak-anak mu bahagia.
Hanya untuk melihat anak-anak mu ketawa.
Ayah,
Sukar untuk ku cari ganti.
Masa-masa yang lalu terasa amat berharga
Terasa ingin ku kutip setiap detik
dan ku genggam saat itu sepanjang hidup
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu...tanpa ayah disisi
Ayah,
Seluruh hidupku tak dapat ku balas.
Hanya segenggam kudrat, secebis kehidupan
Bagi memberi kekuatan dan keyakinan
Kerana dirimu akan tetap ku semat
Sehingga ke titisan yang terakhir.
Ayah,
Kurelakan pemergian mu bukan kerana ku mengalah
kerana ada yang lebih menyayangimu
untuk selama-lamanya.