Khamis, 29 November 2012

GENAP 2 BULAN PEMERGIAN AYAH TERCINTA


29 NOV 2012. 
 
Genap 2 bulan arwah ayah saya meninggalkan saya, mak dan adik beradik. Kadangkala, masih terasa seperti arwahnya masih ada. Setiap perkataan dan suara arwah, masih terngiang-ngiang di telinga. Setiap senyuman masih terbayang-bayang di minda. Setiap gurauan dan senda arwah, sentiasa tersemat di sanubari....tiada yang pahit. Begitulah pahitnya untuk menerima kenyataan.Tapi apakan daya kerana Tuhan lebih menyayangi arwah dan setiap perkara itu ada hikmahnya. Semuanya menjadi kenangan terindah yang amat-amat-amat-amat sukar untuk saya lupakan dan tidak mungkin saya dapat mengembalikan setiap detik-detik manis tersebut walaupun kadangkala hati sentiasa berkata, kalaulah masa boleh berputar kembali........

Ayah,
Setiap keluhan dan resahmu kau pendam.
sakitmu, pedihmu, dukamu..kau simpan.
masamu, kerjamu..kau lupakan
Hanya untuk melihat anak-anak mu ceria.
Hanya untuk melihat anak-anak mu bahagia.
Hanya untuk melihat anak-anak mu ketawa.
Ayah,
Sukar untuk ku cari ganti.
Masa-masa yang lalu terasa amat berharga
Terasa ingin ku kutip setiap detik
dan ku genggam saat itu sepanjang hidup
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu...tanpa ayah disisi
Ayah,
Seluruh hidupku tak dapat ku balas.
Hanya segenggam kudrat, secebis kehidupan
Bagi memberi kekuatan dan keyakinan
Kerana dirimu akan tetap ku semat
Sehingga ke titisan yang terakhir.
Ayah,
Kurelakan pemergian mu bukan kerana ku mengalah
kerana ada yang lebih menyayangimu
untuk selama-lamanya.