Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala
menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang
memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah.
Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan
masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh
lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia
mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk
bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa
sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa
pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa
tahu dia punya masalah besar.
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak
sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada
sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba
menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan
itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga
terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita,
kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang
lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..
"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka
selalu berada dalam kebenaran"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)