Sabtu, 22 Februari 2014

Ya Allah




(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala  suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
 
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu
 
Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi a”mami bismillahi izrail
 

Sabtu, 15 Februari 2014

Miss You



A tears is made of 1% water and 99% feelings..

They say when you are missing someone that they are probably feeling the same, 

but I don't think it's possible for you to miss me as much as I'm missing you right now

Jumaat, 14 Februari 2014

Subhanallah........... Salam Jumaat








Kadang-kadang bila demam. Bila sakit.
Bila ada masalah.

Sakit tak larat sampai terlena.
Tak mampu nak keluar dari masalah sampai tertidur.

Datang ayah atau ibu dalam mimpi.

Kegelisahan berkurang.
Hati jadi tenang.
Terasa kerinduan.

Allah anugerahkan ibu ayah penuh hikmah.
Di dalam nyata menjaga kita.
Di dalam mimpi menenangkan jiwa.
Subhanallah.

Akhirnya air mata mengalir dalam lena.

Khamis, 13 Februari 2014

Donut Gebus


 
 
 Donut gebu 
 
Bhn2
1kg Tepung gandum
3 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara2
Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor

Karipap




Karipap Kampung


250gm tepung gandum
25gm tepung beras
25gm tepung ubi
1/2 sudu besar gula pasir (larut dlm air)
1/2 sudu kecil garam (larut dlm air)
1.5 sudu besar majerin (panaskan)
1/8 cwn minyak masak (panaskan)
1 cawan air (+gula n garam)
Cara:
Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air bercampur gula n garam sedikit2 sehingga jadi doh lembut (dapat berat lebihkurang 460g)
Bahagikan doh kpd saiz dikehendaki (biasa biasa dapatlah dalam 42 ketul)
Leperkan & isi dgn inti sadin ke, kentang ke, ayam ke yg paling digemari, tutup dan klim kemas2.
Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.

Rabu, 12 Februari 2014

Water Disruption



Unscheduled water disruption at Hulu Langat. Affected area: Tmn Setia, Desa Karunmas, Cheras Jaya, Tmn Bukit Emas, Tmn Impian Indah, Tmn Sejati, Tmn Bkt Sg Long, Tmn Taming Indah, Industri Cheras Jaya, Tmn Sri Indah, Tmn Impian Ehsan, Tmn Suria, Tmn Kasturi, Kg Baru Cina Balakong, Tmn Sri Sg Long, Rumah Kenangan Cheras, Pekan Bt 14, Tmn Balakong Jaya, Industri Balakong Jaya, Kaw Ind Kg Baru Balakong, Tmn Sinaran & Tmn Dutamas. Estimated recovery: To be announce #puspel


Water disruption in Taman Sri Gombak A2 due to pump house problem. Estimated recovery is at 4pm (by stages). Affected areas are Fasa 8 and Fasa 9, Taman Sri Gombak.


Water disruption due to a 6-inch pipe burst in Jalan Scott, Brickfields KL. Affected area: Brickfields. Estimated recovery time: 3pm.

Water disruption in Bandar Damai Perdana, Taman Desa Cheras, Taman Alam Damai, Taman SPPK Bukit Cheras, Taman Bukit Anggerik, Taman Sri Bahagia, Taman Damai Indah, Taman Minang, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Cheras Mewah, Taman Len Seng, Taman Desa Baiduri, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai, Taman Seraya, Taman Cheras Utama, Laman Oasis Cheras, Taman Bukit Segar Jaya and Taman Bukit Prima due to shortage of clean water from the Sungai Langat Water Treatment Plant. Estimation is yet to be announce.

Unscheduled water disruption at Sabak Bernam. Affected area: Seluruh Kawasan Site A, Site B, Site C, Bgn Sekinchan, Kg Penerangan, Tali Air 6, Tali Air 7, Parit 6, Parit 7, Tmn Harmoni, Tmn Ria, Sg Labu & Pkn Sekinchan. Estimate recovery: 7 pm by stages #puspel    



uarghhhh... gile jugak kalau takde air ni.. cemana nak mandi ? nak tuttttttttt nak titttttttttttttttt.. huhu
payah la gini... anak2 ramai makin payah.. adoi lahhh...
aku rasa elok jugak kalau setiap rumah ada telaga .. huhu..
ade yang tak tau apa itu telaga tak ??

ha ni telaga ...






kat umah aku kat kampung ada telaga ni.. time org takde air, kami leh lagi mandi pasal telaga ada.. huhuhu... giler sejok air telaga ni.. masa aku kecik dulu2 hari2 mandi air telaga..
masa tu kami orang susah, mana ada duit nak masuk paip air berbayar.. so khidmat telaga ni mmg kami sekuarga hargai sangat2.. huhuh..
bab nak angkut air tu aku terer ... kejap je besin dah penuh untuk adik2 aku mandi.. huhu
tapi banyak kenangan sedih jugak...

macam bes jer cite pasal kenangan silam.... nanti sambung.. #kenangan terindah



Selasa, 11 Februari 2014

Aku nak kurus woi !!!!!!!!!!!!

huhuhu

tajok tak leh blah... aku nak kurus, tapi malas nak exercise.. 

makan melantak makan melantak tak abis2

kat opis asyik mengunyah jer... cemana nak kurus ???


tapi aku dah nekad ni..

nak gi Gym jugak.. sebelum raya tahon ni aku mesti kurus...

adessss....


ni ade sku search Gym2 dekat jugak la ngan umah aku kan..


ACT GYM

No 57-2, 

Jalan Permaisuri 9, 

Bandar Sri Permaisuri, 

56100 kuala Lumpur

 

Rockafella Gym

No. 102-1, Jalan Dwitasik,

Dataran Dwitasik,

Bandar Sri Permaisuri,

Cheras,

56000 Kuala Lumpur

 

moh ler kite ...........

 
 
 

Isnin, 10 Februari 2014

my dear !!!

 






Kesayangan aku... anak-anak aku.....
anak2 ni hasil dari cinta aku dan suami aku..
aku tak kisah pon apa dia nak kata..
yang penting aku bahagia  dengan keluarga aku..

TIGA TANDA ORANG BERHASAD DENGKI

Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat panjang Luqman anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury.Antara kata-kata hikmahnya adalah:

“Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”

“Hai anakku!Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”

“Hai anakku!Jadilah engkau orang kaya,nescaya engkau menjadi orang yang dipercayai.”

“Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”

“Hai anakku!Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit,engkau akan peroleh faedah yang banyak.”

“Hai anakku!Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya,nescaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”

“Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros.Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros”

“Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”

Luqman berkata lagi:

“Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila kawannya tiada,akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”

Beliau juga berpesan:

“Hai anakku!Barang siapa yang memikul sesuatu yang dia tidak terdaya,dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa.Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”

Seterusnya katanya:

“Hai anakku!Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh.Walaupun dia memiliki rupa yang iondah,namun dia seperti pedang,baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”

“Hai anakku!Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).Pandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”

Dalam kitab Bahjatul Majalis,Luqman berkata kepada anaknya:

“Hai anakku!Merendah dirilah engkau dengan kebenaran,nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.”

“Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya,dia telah berdosa.Maka,berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”

“Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap.Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”


Khamis, 6 Februari 2014

Terima Kasih ~~





sepanjang kehidupan saya, sejak saya mula mengenali rakan-rakan samada semasa di kampung, di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan tempat kerja...berbagai-bagai jenis rakan atau teman yang mewarnai kehidupan saya.

ada yang terus berhubungan hingga kini... ada yang putus hubungan lantaran tamat sesi persekolahan atau pengajian... ada juga yang putus persahabatan lantaran berpisah tempat kerja atau berpindah rumah kediaman..

terus terang, saya hanya ada beberapa sahabat sahaja... saya pon tak tahu yang mana akrab dengan saya kerana saya rasakan sahabat2 saya hanya datang bile memerlukan seseorang untuk menjadi teman berbicara... teman mengadu...

apapun... berkawanlah seadanya, berkasih sayanglah seikhlasnya....
bertemu dan berpisahlah kerana Allah dan bukan selain daripadaNya...
hanya ikatan yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan kekal...

bak sabda Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri..."

semuanya ikhlas kerana Allah Taala..