Khamis, 6 Februari 2014
Terima Kasih ~~
sepanjang kehidupan saya, sejak saya mula mengenali rakan-rakan samada semasa di kampung, di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan tempat kerja...berbagai-bagai jenis rakan atau teman yang mewarnai kehidupan saya.
ada yang terus berhubungan hingga kini... ada yang putus hubungan lantaran tamat sesi persekolahan atau pengajian... ada juga yang putus persahabatan lantaran berpisah tempat kerja atau berpindah rumah kediaman..
terus terang, saya hanya ada beberapa sahabat sahaja... saya pon tak tahu yang mana akrab dengan saya kerana saya rasakan sahabat2 saya hanya datang bile memerlukan seseorang untuk menjadi teman berbicara... teman mengadu...
apapun... berkawanlah seadanya, berkasih sayanglah seikhlasnya....
bertemu dan berpisahlah kerana Allah dan bukan selain daripadaNya...
hanya ikatan yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan kekal...
bak sabda Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri..."
semuanya ikhlas kerana Allah Taala..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)