Jumaat, 7 Disember 2012

kau sahabat



kau,
sukarnya meluahkan,
sukarnya menceritakan,

aku,
sedia mendengar,
sedia menasihati,
memberi pendapat,

kau,
terlalu banyak yang membelenggu fikiran,
terlalu banyak yang dipendam,
terlalu misteri,
sahabatku,

aku,
siapalah di hatimu?
sedarilah wahai sahabat,
aku sentiasa ada di sini,
setia untuk mu sahabat..