Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas
sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang
melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin
yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan
makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit
tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk
halus adalah seperti berikut:-
1.
Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut
kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2.
Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam
bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula
merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.
3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.
4.
Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian
pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat
juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan
seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah
sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan
seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.
5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.
6.
Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan
ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna
gelap/hitam.
7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.
8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil
10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan
11.
Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan
kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.
12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.
14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama
15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk
16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.
17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.
18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.
19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.
20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.
21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.
22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.
23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-
1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.
2. Mata pesakit mula melilau
3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.
4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.
5. Pesakit pengsan.
Terdapat
juga kes gangguan dimana pesakit tidak menunjukkan tanda diatas ketika
proses rawatan dijalankan. Ini bukanlah kerana perawat tidak mampu untuk
merawat pesakit. Tetapi ia adalah disebabkan jin yang ada dalam diri
pesakit telah lama melakukan tugas jahatnya. Sekiranya ini berlaku,
perawat hendaklah istighfar dan berserah kepada Allah dengan membekalkan
air doa untuk diminum dan dimandi. Insyaallah pesakit akan sembuh pada
rawatan yang akan datang. Perlu diingat, tugas perawat Darussyifa'
hanyalah sebagai perawat dan bukan bersifat penyembuh. Jangan
sekali-kali merasa takjub ketika merawat sekiranya dialog berlaku dan
jangan pula merasa rendah diri sehingga merasakan diri tidak layak untuk
merawat hanya kerana tiada respon diberikan pesakit gangguan ketika
dirawat kerana sesungguhnya tipu daya jin dan syaitan amat licik sekali.
Perawat dilarang sama-sekali mempercayai kata-kata jin ketika proses
rawatan dijalankan. Jin akan cuba melaga-lagakan pesakit dengan sahabat
handainya atau jirannya atau keluarganya dengan menyatakan dia dibuat
oleh sipulan bin sipulan atau orang yang duduk berhadapan rumahnya atau
sebagainya. Jin akan berusaha untuk melemahkan usaha perawat sama ada
melalui memperleceh perawat, menahan sakit dengan tidak menunjukkan
reaksi dan sebagainya dan kadangkala jin cuba sedaya upaya merosakkan
ibadah perawat dengan menjerit setiap kali berjumpa perawat tentu dengan
tujuan menimbulkan rasa ego, ujub dan riyak keatas diri perawat supaya
merasakan dirinya seorang perawat yang bagus dan hebat. Inilah sifat jin
yang harus diketahui semua perawat agar sentiasa berwaspada dan
merendah diri agar segala usaha rawatan dinilai dengan ganjaran pahala
disisi Allah S.W.T.
Para perawat
Darussyifa' juga seringkali diingatkan agar tidak melakukan perbuatan
kasar yang boleh menyakitkan fizikal pesakit. Jin adalah makhluk yang
bersifat tidak berjirim seperti manusia. Oleh itu tindakan perawat yang
merawat dengan memicit jari atau dibahagian tertentu, menunjal jari pada
mata, menggunakan bahan untuk menekan mana-mana anggota pesakit adalah
tindakan bodoh dan sia-sia kerana hanya akan mendatangkan sakit keatas
fizikal pesakit serta tindakan ini amat dilarang keras oleh Darussyifa'
Pusat serta mengingkari arahan Tuan Guru sendiri. Membaca dan memegang
sudah cukup dan memadai untuk menyakitkan jin kerana jin sakit dengan
bacaan atas izin Allah dan bukan dengan keganasan fizikal. Terdapat
perawat yang cuba mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya
memicit dengan pelahan. Perlu dinyatakan ada perawat yang mulanya
memicit dengan perlahan. Namun tindakan geram dan marah keatas jin yang
degil tanpa disedari perawat berkenaan telah memicit jari pesakit dengan
kuat sehingga mendatangkan kesan fizikal. Jauhilah perbuatan yang
dilarang wahai para perawat semua.
Wallahua'lam
.........kredit untuk Darulshifa'