Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi...
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri di hatimu...
maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabatmu yang baik...
maafkan aku sahabat andai aku bukan sahabat yang kau cari...
Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat... mengharap sahabat yang
sentiasa memahami diri ini tetapi aku sendiri tidak memahami sahabat sendiri...
mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi keegoan masih beraja di dalam hati...
Andai aku tidak seperti menghargaimu,
bukan bermaksud aku tidak sudi...
bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi sahabatku...
tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan perasaan kasihku...
tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, "jika seseorang itu menyayangi sahabatnya,
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" (riwayat Abu Daud)
tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu sahabat,
aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku...
Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini...
menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah...
sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita
dan
takdir Allah jualah yang mampu memisahkan kita...
perasaan cinta pada sahabat itu adalah kurniaan dari-Nya...
perasaan manisnya berukhuwah itu juga adalah nikmat dari-Nya...
jadi mengapa perlu berputus asa dalam
bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi
tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul??