Kau terpaksa ku lepaskan
Sekiranya itu yang kau harapkan
Ku hapus keegoanku jika kau tahu lukanya hatiku
Ku turuti kehendakmu untuk melupakan segala niatku
Walaupun itu menikam jiwaku
Apalah bezanya jika cintaku kecundang jua
Tiada pernah kau menyapa
Tersentuh agaknya kerana kata
Salahkah terus terangku
Ku cinta padamu kau membenci diriku
Pura – pura ku tersenyum namun sebaliknya terpahat rahsia
Ku tangisi tanpa airmata bak setitis embun gugur dilaman asmara
Andai dikata pahitnya hempedu
Pahit lagi bagiku
Walau dikata tajamnya sembilu
Tajam lagi belatimu
Engkau yang amatku sayang
Mekar mengharum dilaman orang
Ingin benar kau ku miliki
Aku terluka kerna engkau berduri